search

11 Tips Pakaian Tahan Lama

Beli baju mahal – mahal tapi cepat rosak. Stress je kan bila baju yang kita beli mahal – mahal sudah tidak boleh di pakai.

Bila usha baju orang lain, elok je dia jaga!

Paling ketara bila shopping baju dengan kawan baik. Beli baju yang sama di hari yang sama. Walaupun berulang kali dia memakai baju yang sama, baju dia tetap kelihatan cantik sedangkan baju kita kelihatan lusuh dan rosak

Memanglah rosak kak! Semua baju nak masuk ke mesin pengering baju. Kepanasan yang tinggi boleh merosak struktur kain tau.

Cara Penjagaan Pakaian Supaya Tahan Lama – 11 Tips Pakaian Tahan Lama

Beli Pakaian Berkualti

Material atau jenis kain merupakan faktor utama pakaian anda akan tahan lama atau sebaliknya.
Material yang tidak berkualiti akan berbulu, warna mudah luntur dan cepat koyak jika dicuci selalu.

Cuci Pakaian Jika Perlu

Ada pakaian yang anda tidak perlu cuci selalu. Contoh jaket/sweater, gown dan seluar jeans anda.
Seluar jeans biasanya boleh dipakai dua ke tiga kali sebelum dicuci.
Apabila memakai jaket/sweater biasanya anda akan memakai pakaian di dalam kan. Jadi Sweater itu masih okey dan tidak perlu dicuci kecuali kalau terlalu kotor dan berbau.

Gunakan Laundry Bag Ketika Mencuci di Dalam Mesin

Laundry bag ialah sejenis kain seperti jaring yang nipis. Masukkan pakaian kecil atau nipis yang anda mahu cuci ke dalamnya sebelum di masukkan kedalam mesin pencuci baju dan bercampur dengan pakaian besar yang lain.

Contohnya stokin, baju dalam dan seluar dalam.

11 Tips Pakaian Tahan Lama

Ini untuk mengelakkan pakaian tadi berpintal dengan pakaian keras & besar yang lain seperti seluar dan baju kemeja.

Zip & Pasangkan Semua Butang

Jika anda mahu zip di seluar dan butang baju anda tahan lebih lama, pastikan anda zip dan butangkan semuanya.

Bayangkan semasa anda mencuci baju dan seluar jeans, pakaian anda akan bercampur terbelit dan tertarik. Lama kelamaan zip pun akan rosak.

Ikut Arahan Di Label Baju

Kebiasaanya jika anda membeli baju pasti ada label di dalam baju, itu bukan saja saja nak letak tau. Label itu ialah arahan untuk anda mencuci baju tersebut. Seperti suhu air atau sama ada hanya untuk cucian kering sahaja.

11 Tips Pakaian Tahan Lama


Sesetengah jenis kain memang tidak boleh di cuci dengan suhu yang panas manakala ada sesetengha jenis kain hanya boleh dicuci dengan suhu yang tertentu.

Asingkan Jenis Pakaian Ketika Mencuci

Jika anda sudah tahu arahan di label baju anda, seharusnya anda sudah mengasingkan ke beberapa kumpulan mengikut label tersebut.

Asingkan juga mengikut warna. Pakaian berwarna putih dan warna lain tidak boleh bercampur. Jika anda malas mengasingkan kedua warna tersebut, hasilnya pakaian berwarna putih anda akan cepat rosak.

Terbalik Baju Ketika Mencuci

Baju t-shirt biasanya ada tulisan yang di cetak diatasnya. Basuh dua ke tiga kali mesti tulisan itu akan merekah dan hilang. Sesetengah baju pula ada yang bermanik dan berlabuci.

Jadi sebelum anda mencuci pakaian, pastikan anda terbalikkan semua baju dari dalam ke luar. Cara ini juga boleh menjaga warna baju dari pudar dan rosak.

Menjemur Dengan Menggantung Hingga Kering

Menjemur pakaian setelah mencuci lebih baik kerana anda boleh mengelak kain baju dari berkedut dan mengecut. Tetapi jangan menjemur terlalu lama di bawah cahaya matahari untuk mengelak warna menjadi pudar.

11 Tips Pakaian Tahan Lama

Sekarang ini kan sudah menjadi kebiasaan mencuci baju di dobi layan diri yang ada mesin pengering. Memang mudah dan cepat, keluar mesin boleh terus lipat.

Pastikan anda ikut label baju anda, ada sesetengah kain tidak sesuai dikeringkan di suhu yang terlalu tinggi.

Lipat & Gantung Menggunakan Gament Bag

Selain melipat baju, anda juga harus tahu jenis baju yang seharusnya di gantung dan di masukkan ke dalam garment bag untuk mengekalkan kecantikannya.

Contoh seperti dress bermanik dan baju kemeja, jenis pakaian seperti ini haruslah di gantung setelah di seterika. Mudahlah nak pakai kan. Tekstur kain pun lebih terjaga.

Belajar Memperbaiki Baju Yang Rosak

Jangan kecewa jika baju anda ada sedikit kerosakan. Belajarlah cara untuk memperbaikinya. Asas jahitan sangat penting untuk anda memperbaiki kerosakan pada pakaian anda.

Stain Remover Pen

Kejadian yang tak di ingini pasti berlaku tanpa di jangka kan. Makanan tiba tiba jatuh di baju, terkena dakwat pen dan macam macam lagi.

Anda tidak perlu panik kalau Stain Remover Pen ini sentiasa ada dalam simpanan. So apa tunggu lagi bergegas lah cari dan simpan satu ye!

11 Tips Pakaian Tahan Lama

Amalkan 11 Tips Pakaian Tahan Lama ni ye! Jangan malas menjaga pakaian anda.

Like & Follow page Facebook Fairyna Sharina & Set “see notification first” ye girls untuk update latest activity.

Cheers,
Fairyna Sharina



Older post Newer post

Your cart is currently empty.

Continue shopping