Promotion Buy Set Songket Baju Pengantin untill 31st October 2020 Shop Now!
icon-search
icon-search

Bentuk Potongan Kain Baju Pengantin

Nak tempah baju tapi tak pasti nak potongan kain apa? Especially untuk pengantin ada bermacam – macam design tapi anda harus tahu siluet yang anda mahu.

Bagi anda yang belum mengenal jenis bentuk kain. Saya kongsikan jenis dan nama bentuk potongan kain yang anda boleh jadikan rujukan untuk menempah OUTFIT anda supaya mudah berurusan dengan TAILOR.

Melalui pengalaman saya, kebanyakan mereka hanya tahu menyebut perkatan A-LINE, tapi membayangkan potongan kain yang bukan A-LINE.

Kebiasaannya baju pengantin mempunyai lebih banyak jenis potongan kain yang telah di ubahsuai berdasarkan 5 asas potongan kain yang biasa di gunakan dalam baju pengantin.

A – LINE SKIRT

Bentuk Potongan Kain Baju Pengantin

Potongan kain jenis ini berbentuk seperti huruf “A”. Potongan kain akan mengembang / membesar dari punggung hingga ke kaki kain.
Potongan A-LINE yang common biasanya hanya di tambah 4inch kiri kanan di kaki kain dan boleh lebih ikut kehendak dan keselesaan anda.

A line Boleh juga kembang seperti payung. Jadi anda perlu jelas dengan kehendak anda.
Bentuk Potongan Kain Baju Pengantin ini selalu diminta oleh bakal pengantin. A- line sesuai untuk semua jenis bentuk badan.

A line Kain Baju Pengantin

MERMAID

Bentuk Potongan Kain Baju Pengantin

Siluet atau Potongan Mermaid sama seakan ikan duyung. Potongan ini akan fit dari bahagian punggung dan mengembang dari atas lutut.
Kembang selepas lutut atau paras lutut pun boleh tapi langkah untuk berjalan terhad atau kita boleh memilih jenis kain yang memeri seperti lycra.

Potongan mermaid pada asasnya ialah potongan yang ditambah sedikit kembang di kaki kain sebanyak 20 inch ke 25 inch.
Ada yang kembang bulat 360 darjah dan 6 panel tapi siluet Mermaid tetap kelihatan.
Bentuk Potongan Kain Baju Pengantin Potongan Mermaid macam mana yang anda mahu?

Mermaid Wedding dress
mermaid skirt
mermaid skirt

TRUMPET

Bentuk Potongan Kain Baju Pengantin

Siluet atau potongan kain Trumpet ini di antara potongan kain A-LINE dan MERMAID.
Mengikut bentuk bahagian punggung dan melebar / mengembang dari bahagian tengah peha.
Sama seperti Potongan Mermaid tadi, Potongan ini juga ada yang kembang sebab panel dan just normal flared.

trumpet wedding dress
trumpet wedding dress

STRAIGHT / COLUMN / SHEATH

Bentuk Potongan Kain Baju Pengantin

Siluet atau potongan kain ini popular di tahun 1980an hingga tahun 1990an. Potongan kain lurus ini akan menampakkan bakal pengantin tinggi dan slim.
Untuk memudahkan kita melangkah, potongan kain ini biasanya terbelah hingga ke lutut dan mungkin lebih tinggi, ada kipas belakang, trail (ekor) atau lipat batik.

Anda juga boleh memilih jenis fabrik yang memeri untuk mudah berjalan.
Bentuk Potongan Kain Baju Pengantin lipat batik dan kipas belakang semakin popular sekarang. Terutama untuk busana baju pengantin songket.

column skirt
column wedding skirt
column wedding skirt

BALLGOWN / PRINCESS CUT

Bentuk Potongan Kain Baju Pengantin

Siluet atau potongan kain ini kembang sama macam princes dalam kartun cinderella, snow white the fairytale story.
Untuk potongan jenis ball gown ini juga ada banyak design yang diubah suai ikut perbincangan antara Tailor dan Customer.

Untuk nak nampak kembang, ballgown di jahit berlapis-lapis dengan kain net atau memakai petticoat didalam ( skirt kembang ala-ala ada besi).
Potongan kain ini takde yang kuncup ye. Jangan di samakan pula dengan A LINE.
“Saya nak ballgown tapi tak nak kembang sangat nak flare sikit je”
Than better you choose A-LINE dear.

Anda juga harus tahu memilih material yang sesuai untuk setiap Bentuk Potongan Baju Pengantin yang anda mahu. Setiap fabrik beri kesan atau result yang berbeza. Flow jatuh setiap kain berbeza.

Jika anda tidak pasti dengan pemilihan baju pengantin yang sesuai untuk anda, jangan kedekut keluar duit untuk khidmat nasihat Fashion Designer.
Khidmat nasihat dari awal permulaan bukan seperti anda hantar kain yang anda sudah beli dan tunjuk design yang anda mahu.

Yes dear, setiap Fashion Designer ada pakej Khidmat Nasihat yang berbeza. Ilmu dan pengalaman bukan percuma, setiap mereka menghabiskan masa dan wang untuk ilmu dan pengalaman yang anda tidak dapat bayangkan berapa kosnya.

Hasil carian imej untuk ball gown wedding dress
pincess wedding dress

Walau pun ada banyak design baju pengantin dan 1001 jenis potongan kain tapi siluet atau gambaran asal tetap akan kelihatan.
Contoh potongan A-LINE boleh di ubah suai dengan tambahan drapes / pleated , layer asymmetry dan potongan bias.

Hasil carian imej untuk wedding dress

Sebelum menempah baju, pastikan dulu bentuk badan anda macam mana.
Baca tip memilih baju mengikut bentuk badan anda di artikel saya kongsi ini.
Bentuk badan & jenis baju.

Tempahan baju kurung moden, lihat sini. Jangan lepas kan peluang PROMO TEMPAHAN BAJU SEPANJANG 2019!
Tempahan baju pengantin, lihat sini.

Cheers,
Fairyna Sharina


Older post Newer post

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.