
PANDUAN CARA MENGAMBIL UKURAN BADAN UNTUK AWAK YANG SUKA MEMBELI BAJU ONLINE DAN MAHU TEMPAH BAJU SECARA ONLINE.
“Jauh sangat sis, nak datang Shah Alam jumpa sis untuk ukur badan. Sis ajar please cara nak ambil ukuran,”
Antara my dear customer yang nak tempah baju dengan saya tapi jauh tak dapat nak datang.
Cara – cara ambil ukuran baju ni, anda juga boleh jadikan rujukan jika anda baru nak belajar menjahit baju kurung moden atau design mudah yang lain.
Ukuran Wajib Ada!
Ukuran Bahu
Ukuran Dada
Ukuran Pinggang
Ukuran Punggung
Ukur Lilit Ketiak
Labuh Baju
labuh Kain
Labuh Tangan
Ukur Lilit Pergelangan Tangan ( Yang Dikehendaki jika berzip atau fesyen tertentu)
P/S: SILA PASTIKAN ANDA MEMASUKI SATU JARI DAN KEMUDIAN UKURAN INI AKAN DI TAMBAH SATU INCH KE 2 INCH (JIKA MAHU LONGGAR) UNTUK SELESA DIPAKAI
UKURAN BAHU

UKURAN DADA
UKURAN PINGGANG
UKURAN PUNGGUNG
UKUR LILIT KETIAK
LABUH BAJU
LABUH KAIN
LABUH LENGAN DAN UKUR LILIT PERGELANGAN TANGAN
Ukur lilit di bahagian bawah siku yang paling besar dan juga bahagian lengan paling besar.
Ukuran ini jika anda mahu slim fit cutting.
TAMBAHAN UKURAN UNTUK BAJU PEPLUM DAN DESIGN LAIN.
UKUR LILIT DI BAHAGIAN POTONGAN PEPLUM
Sama ada di garisan pinggang atau di garisan bawah dada.
Kebiasaannya fesyen peplum ialah hingga ke garisan pinggang iaitu Ukuran pinggang paling kecil.
P/S: Peplum ni boleh cover perut yang buncit tau!
UKURAN DARI BAHU KE GARISAN PEPLUM YANG DIKEHENDAKI

Sama ada hingga ke garisan pinggang atau ke garisan bawah dada.
Panjang dari bahu ke garisan potongan peplum.
Di garisan pinggang paling kecil.
Biasanya ialah 16 inch dan 15 inch. Bergantung tinggi setiap orang.
TAMBAHAN UKURAN UNTUK SELUAR DAN LEHER TINGGI
Ukur lilit leher jika anda memilih untuk jenis leher tinggi atau baju melayu moden untuk lelaki
Ukuran cawat untuk seluar. Ukuran diambil bermula dari depan hingga ke belakang
Ukuran peha untuk seluar, sila pastikan ukur lilit yang di ambil ye.
ANDA JUGA BOLEH RUJUK SIZE CHART DI BAWAH.
Cheers,
Fairyna Sharina