search

CARA SOLAT SUNAT SELEPAS AKAD NIKAH

Solat Sunat akad nikah berserta sujud syukur seringkali dilihat dilakukan oleh mempelai setelah pernikahan dilangsungkan.

Bagaimana cara-cara melakukannya

Niat Solat Sunat Sesudah Nikah

“Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini imamam/ makmuman lillahi ta’ala”
Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat sebagai imam/makmum kerana Allah Taala.

Rakaat pertama : Membaca surah Al – Fatihah & surah Al – Kafirun
Rakaat kedua : Membaca surah Al – Fatihah & surah Al – Ikhlas
Beri salam dan berdoa.

Contoh doa selepas solat sunat
“YA Allah,Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,segala puji-pujian bagi-Mu,seru sekalian alam.Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu,telah selesai pernikahanku ini,kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini.Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh.Ya Allah, Ya Rahman,Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon pertolongan.Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami.Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai.Engkau mesrakanlah kami,bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad sae dan Siti Khadijah,Nabi Yusuf dengan Zulaikha,Nabi Adam dan Hawa.Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai dan soleh.Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka.Engakau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagian rumahtangga kami”

(Selepas pasangan pengantin menunaikan solat sunat sambung la pula dengan sujud syukur ini kerana sujud syukur tidak boleh dibuat ketika solat)

TEMPAHAN BAJU PENGANTIN
Tempahan Baju Pengantin by Fairyna Sharina

Cara Sujud Syukur

Untuk buat sujud syukur ni, tak diwajibkan untuk orang tu ada wudhuk. Yang penting kena suci dari hadas kecil dan besar, menutup aurat dan menghadap kiblat. Sebenarnya tiada hadith yang jelas menyatakan cara sujud syukur. Dalam kitab al-Bahr ada disebut, takbir diperlukan untuk buat sujud syukur. Jadi, mulakan dengan niat untuk buat sujud syukur, takbiratul ihram, lepas itu buat sekali sujud, duduk dan beri salam. sujud syukur tak boleh dibuat dalam solat dan sebaiknya tidaklah di buat ketika waktu yang tidak boleh menunaikai solat sunat seperti selepas subuh dan asar.

Berdiri terus bertakbir, dengan niat ‘Sahaja aku sujud syukur kerana Allah Ta’ala’
Terus sujud sekali dan membaca bacaan seperti bacaan sujud ketika sembahyang
Mengucapkan syukur di dalam hati ‘Aku bersyukur kerana dikurniakan suami/ isteri’
Terus duduk dan memberi salam.
Setelah selesai suami memegang ubun-ubun isteri atau bahagian depan isteri dan mengucapkan

‘Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.’ “ (Riwayat Abu Daud).”

kongsikan dan manafaatkannya <3

Cheers,
Fairyna Sharina



Older post Newer post

Your cart is currently empty.

Continue shopping