search

Rahsia Kekal Awet Muda

Tik Tok Tik Tok! Jarum jam sentiasa berputar. Tanda setiap saat usia kian meningkat. Macam mana mahu kekal muda sedangkan usia semakin bertambah?

Sedapkan hati dan set dalam minda usia hanya angka! Angka kematangan fikiran kita je tau! Bukan angka kedutan di muka.

Walaupun angka usia kian bertambah tapi penampilan kita boleh tetap kekal muda remaja tau! Macam mana ye?

Ini ialah rutin harian yang anda boleh amalkan. Tips Rahsia Kekal Awet Muda!

Gaya Hidup Sihat

Ini bukan lagi rahsia. Kebanyakan kita sudah tahu, dengan mengamalkan gaya hidup sihat pastinya kesihatan kita sentiasa terjaga dan sekaligus kita tetap kelihatan muda.

Rahsia Kekal Awet Muda
Bangun pagi dan bersenam.

Bangun pagi dan bersenam serta menjaga pemakanan. Aktiviti ini dapat menurunkan kolestrol dalam badan serta berat badan yang berlebihan.

Ingat tak masa kita muda, langsing je kan! Jadi kembali lah langsing dengan cara bersenam dan jaga pemakanan.

Belajar dan Tambah Ilmu

Orang muda je belajar! Masa muda ni lah kena belajar! Selalu kan dengar kata – kata ni.

Otak yang aktif sangat penting untuk melambatkan penuaan. Jadi dengan terus belajar otak kita akan sentiasa aktif.

Rahsia Kekal Awet Muda

Belajar itu tidak semestinya ambil buku teks zaman kolej. Ada banyak perkara yang kita boleh belajar. Antaranya belajar berkebun, melukis. Malahan sentiasa membaca berita & info semasa juga boleh membuatkan otak kita sentiasa aktif

Jika kita tidak mengaktifkan otak kita, kesannya kita akan senang lupa dan lama – kelamaan akan nyanyuk!

Rahsia kekal awet muda ialah memasak!

Ada kajian mengatakan masak sendiri boleh melambatkan proses penuaan. Wanita yang masak setiap hari di rumah kelihatan 10 tahun lebih muda daripada wanita yang makan di luar.

Rahsia Kekal Awet Muda

Memasak pun secara tidak langsung boleh aktifkan otak dan sekaligus menggerakkan badan.

Lepas masak boleh post gambar di media social. Mesti dapat pujian kan! Eh senyum ke sis kena puji?

Penjagaan Kulit Wajah dan seluruhnya

Muka adalah perkara pertama yang akan terlihat. Biasanya garisan bawah mata yang akan menyebabkan kita kelihatan tua.

Jangan kerap memakai eyeliner, proses memakai eyeliner akan menyebabkan mata selalu di tarik – tarik ketika melukis. Lama kelamaan kedutan dan garis halus akan kelihatan.

Sentiasa memakai krim muka untuk melembapkan kulit muka. Jika keluar rumah jangan lupa untuk memakai sunblock. Cahaya matahari boleh merosakkan kulit muka.

Tangan pun kena jaga ye! Sapukan losyen ke tangan dan kaki. Ramai orang tidak perasan, tangan pun akan cepat berkedut jika tidak di jaga.

Minum air dan Makan Buah

Minum air adalah wajib untuk melawan proses penuaan. Bukan hanya segelas air ye.

Setiap 4 jam kita memerlukan makanan untuk kekalkan gula dalam darah. Mana mungkin setiap 4 jam perlu makan nasi kan! Jadi apa? opss!

Jadi kita perlukan buah, kacang atau sayur sebagai snek yang sihat. Tahukan khasiat buah dan sayur? Bukan sahaja dapat kekalkan gula dalam darah tapi juga kita akan dapat khasiat untuk kecantikan kulit kita.

Cheers,
Fairyna Sharina
Follow me on Instagram



Older post Newer post

Your cart is currently empty.

Continue shopping