Promotion Buy Set Songket Baju Pengantin untill 31st October 2020 Shop Now!
icon-search
icon-search

Tetap Cantik Tanpa Mekap

Asal nak nampak cantik je mesti makeup kan! Pakai Foundation, eyeliner dan lipstik di bibir tak pernah tinggal. Ramai yang tidak sedar kecantikan itu ada pada diri sendiri dan bukannya pada makeup.

Sebenarnya tidak perlu makeup yang keterlaluan pun boleh cantik. Jimat masa dan wang ringgit untuk nampak cantik. Setuju?

Tetap Cantik Tanpa Makeup

Walaupun begitu ia bukanlah bermaksud bangun je tidur terus keluar rumah tau!

Makeup hanya bila perlu, seperti menjadi pengantin atau menghadiri majlis tertentu. Bukanlah setiap hari perlu makeup yang tebal.

Saya kongsikan tips kelihatan cantik walau tanpa makeup yang tebal. Natural beauty gitu dan anda tetap cantik tanpa makeup.

Kulit yang bersih dan sihat

Perkara utama untuk kelihatan sentiasa cantik ialah kulit muka harus bersih dan sihat. Macam mana kulit nak cantik kalau setiap hari pakai bedak tebal.

Kulit kita tidak memerlukan makeup untuk kelihatan lembab dan sihat tetapi memerlukan rawatan semulajadi seperti memakai masker dan cukup sekadar mosturizer.

Tetap Cantik Tanpa Makeup

Pemakaian masker telur (dan banyak lagi) boleh membantu mencantikkan tekstur kulit. Jangan lupa juga minum air dan makan makanan berkhasiat untuk kulit.

Kening yang kemas

Kening mestilah cantik dan kemas! Jangan dibiarkan kening anda bersepah. Rajinkan diri menyikat kening ikut arah yang betul. Ha.. bukan rambut sahaja perlu disikat tau!

Tetap Cantik Tanpa Makeup

Pemakaian serum di kening juga membantu kening kelihatan tebal dan berwarna hitam. Bukan tebal yang bersepah – sepah ok! Kalau kening anda cantik, anda tetap cantik tanpa makeup.

Rambut yang sihat dan tebal

Walaupun kita bertudung, jangan lupa untuk menjaga rambut. Keluar rumah cantik je bertudung tapi bila di rumah rambut serupa dawai.

Kalau anda sudah berkahwin pastinya anda mahu kelihatan cantik di depan suami kan!

Amalkan memakai masker rambut dan memotong rambut yang rosak. Nanti lama kelamaan rambut anda akan cantik, lebat dan wangi!

Memakai pakaian yang cantik

Pemilihan pakaian juga amat penting untuk kelihatan cantik. Tidak perlu pun berbelanja mahal untuk membeli baju. Banyak kedai pakaian berfesyen yang menawarkan harga baju mampu milik.

Beli baju cantik di fairynasharina.com

Kita sendiri yang harus tahu pakaian yang macam mana sesuai dan cantik untuk kita. Ingat dear, berpakaian seksi tidak semestinya anda kelihatan cantik. Kekalkan memakai pakaian seperti digariskan di dalam islam.

Sentiasa bersyukur!

Inilah kunci paling penting untuk kelihatan cantik. Jika kita selalu bersyukur, kita tidak memerlukan makeup dan baju seksi untuk cantik.

Semua yang tuhan berikan kepada kita adalah yang terindah. Jika Kita bersyukur, kita akan sentiasa menjaga diri kita. Cantik luar cantik dalam!

Senyum dan jangan selalu bermasam muka OK! Walaupun marah cuba untuk kawal dan senyum. Makeup tebal pun kalau muka masyiaaamm tetap pudar cantiknya.

Cheers,
Fairyna Sharina
Follow me on Instagram


Older post

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.