search

Tema Majlis dan Pelamin Perkahwinan

Ada banyak tema yang boleh dijadikan sebagai tema dan pelamin dalam majlis perkahwinan.
Walaupun anda memilih tema apa sekalipun, pastikan diserikan dengan pemilihan bunga yang sesuai dan mengikut cita rasa anda.

Pernah pergi majlis perkahwinan dan lihat pelamin seperti sebuah pulau yang kecil di atas pentas?

Pastikan anda tahu saiz pelamin yang sesuai untuk majlis anda. Mungkin bajet untuk pelamin besar lebih tinggi berbanding pelamin kecil.

Jika anda tidak mempunyai bajet pelamin yang tinggi, saya nasihatkan anda memilih tempat perkahwinan yang sesuai dengan bajet dekorasi anda. Elakkan dekorasi kelihatan kosong dan hambar.


tema majlis & pelamin
tema majlis & pelamin

Antara Tema Majlis dan Pelamin Perkahwinan

TRADISIONAL

Sudah menjadi simbol dan tradisi pastinya busana songket menjadi busana pilihan sama ada di majlis resepsi atau bertandang. Padankan dengan pelamin yang mempunyai elemen tradisional seperti kerusi adat, kerawang dan props ukiran.

GARDEN

Konsep perkahwinan Garden biasanya di adakan di kawasan luar yang mempunyai rumput hijau. Anda pun boleh hias dewan anda seperti Garden dengan memakai karpet rumput hijau. Dewan sedia ada sekarang pun banyak yang membawa konsep ini di dalam dewan mereka. Contohnya seperti GlassHouse Seputeh.

VINTAGE

Merujuk kepada zaman 20-an, 30 an atau era lama. Penggunaan warna dan props dari era ini boleh buatkan majlis anda kelihatan lain dari yang lain. Contohnya Gatsby Style dari tahun 20-an.

RUSTIC

Tema ini merujuk kepada elemen seperti kotak kayu dan ranting – ranting kayu.
Warna rustic bukan sahaja pada props malahan pada pemilihan kain backdrop juga boleh membankitkan tema rustic ini.

Venue Majlis Perkahwinan, Rumah, Dewan atau Masjid?
Klik Sini, Venue Majlis perkahwinan
.

5 segment penting dalam dekorasi; sense of smell, touch, sound, sight and taste.
Ketika memilih dekorater untuk majlis anda pastikan anda tahu sedikit sebanyak tentang hasil kerja mereka, untuk memudahkan proses diskusi merancang dekorasi di majlis anda pula.

Tempahan baju kurung moden, lihat sini. Jangan lepas kan peluang PROMO TEMPAHAN BAJU SEPANJANG 2019!
Tempahan baju pengantin, lihat sini.

Cheers,
Fairyna Sharina
Follow me on Instagram



Older post Newer post

Your cart is currently empty.

Continue shopping