Promotion Buy Set Songket Baju Pengantin untill 31st October 2020 Shop Now!
icon-search
icon-search

Tips Kelihatan Kurus Dalam Gambar

Bila bercakap soal kahwin ni mesti ramai yang akan rasa excited. Mana taknya, itulah hari yang paling ditunggu-tunggu selama ini.

Segalanya mestilah nak sempurna termasuklah gambar-gambar di hari bahagia yang akan dibukukan untuk menjadi memori buat hari tua.

Maka bermulalah kisah perjalanan mencari fotografer yang ideal untuk merakam detik-detik indah di hari bahagia nanti. Tapi inilah yang sering menjadi dilema dan masalah bakal pengantin. Mereka tak tahu cara bagaimana nak pastikan segalanya berjalan dengan lancar.

Eh bukan majlis saja perlu berjalan lancar ya, tetapi ‘deklarasi’ anda bersama fotografer juga perlulah smooth and clear jugak. Awak juga boleh inform pada fotografer apa yang awak mahu supaya gambar awak nampak sempurna.

Tips Kelihatan Kurus Dalam Gambar! Manalah tahu awak boleh praktikkan nanti 😉

AMBIK GAMBAR DARI SUDUT ATAS KE BAWAH

Untuk mengelakan penampakan double chin, pastikan gambar anda diambil dari sudut tinggi ke bawah.

DUDUK DALAM POSISI TEGAK

Hal ini adalah bagi mengelakkan perut kelihatan berlapis. Pasti ada lapisan lemak di perut kita. Kalau perut anda slim dan fit, bersyukurlah.

POSE DENGAN SATU KAKI KE DEPAN

Ini membantu mencondongkan badan sekaligus memberi ilusi kurus. Teknik ini akan membuatkan punggung anda sedikit mengecil dan terus hingga ke bahagian kaki anda. Anda pun akan kelihatan tinggi tau dengan teknik pose ni.

POSISI MENGIRING

Posisi mengiring sememangnya akan menampakan bentuk badan lebih kurus dan langsing. Tapi anda harus berhati – hati, jangan pula sampai menampakkan perut anda yang buncit.

GROUP SHOT

Bila berada dalam group shot, berdiri di tengah-tengah supaya anda terlindung antara dua subjek di sisi anda. Bergambar beramai – ramai bukan sahaja anda boleh menyorokkan sedikit bahagian badan anda, tetapi wajah pun akan kelihatan lebih ceria.

Banyak lagi Tips Kelihatan Kurus Dalam Gambar, anda hanya perlu rajin USHA pose model. Intailah pose model baju pengantin, kan ada mahu nampak cantik di dalam gambar semasa majlis perkahwinan nanti.

Cheers,
Fairyna Sharina
Follow me on Instagram


Older post Newer post

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.