search

Tips Pakaian Gadis PETITE

Mesti ramai tertanya – tanya adakah dia dikategori kan sebagai Petite Saiz? Jika ya, apa yang gadis petite harus pakai?!

Petite saiz bukan merujuk badan yang gempal dan tembam! Tetapi jika anda mempunyai ketinggian 5 kaki 3 inch kebawah, lebih tepat lagi 160cm kebawah.

Bayangkan 160cm itu ialah normal saiz gadis melayu kan! Dan biasanya pula memang kurang dari 160cm.

Jadi, anda tidak boleh mengelak dari di labelkan sebagai PETITE saiz walaupun tubuh anda kurus .

Well Beb, pernah dengar “Beautiful things often come in small packages”? Jujur Petite saiz anda sangat comel tapi sifat manusiawi sememangnya kita tak akan pernah puas kan!

Mesti anda yang petite saiz mencuba bermacam cara mahu kelihatan tinggi untuk mendapatkan bentuk badan ideal hingga mengambil suplement peninggi. Stop it girls, baca tips pakaian gadis petite yang anda harus tahu!

Sebenarnya badan yang ideal itu tak semestinya anda harus kurus dan tinggi serta mempunyai bentuk badan hour glass, tetapi keyakinan anda menggayakan pakaian tersebut.

6 Tips penting untuk anda bersaiz PETITE memilih pakaian & anda akan lebih berkeyakinan seperti Power Puff Girl

Membahagikan badan anda kepada 3 bahagian – Ok, anda cuba berdiri di hadapan cermin dan bayangkan anda telah membahagikan diri anda kepada 3 bahagian, 1/3 di bahagian atas & 2/3 di bahagian bawah. Dapat bayangkan? Baju anda di bahagian atas seharusnya 1/3 badan anda dan selebihnya ialah skirt atau seluar anda

Contoh; Antara Kurung moden labuh dan kurung kedah, anda rasa mana yang boleh membuatkan anda kelihatan lebih tinggi?

YESSSssss! kurung kedah. Bukan bermakna anda tidak boleh memakai kurung moden labuh ye! Cuma jangan terlalu labuh hingga ke lutut atau anda harus tahu memilih jenis corak design kain yang boleh membuatkan anda terbahagi kepada 1/3 di bahagian atas!

Beware girls, Kepada anda yang suka memakai dress pendek yang labuh hingga ke lutut! Totally you show your real height!

Pastikan ukuran bahu baju anda tepat– Tidak terlalu kecil & tidak terlalu jatuh. Begitu juga dengan labuh tangan baju anda. Jangan terlalu labuh hingga melebihi pergelangan tangan anda, kalau pendek tidak menjadi masalah.

Jangan memilih baju yang berbentuk seperti kotak dan bersegi – anda pasti akan tenggelam di dalam potongan baju tersebut

Tips Pakaian Gadis PETITE

Elak memakai dress berjalur HORIZONTAL – Jika anda memilih baju yang berjalur, pastikan berjalur lurus atas ke bawah, vertical. Bukan sahaja tips penting untuk mereka yang chubby tetapi tips penting juga untuk anda bersaiz petite.

Tips Pakaian Gadis PETITE

Sentiasa memakai kasut tinggi- dengar je kasut tinggi mesti anda merasa penat dan sakit kan! Hey, wedges kan ada. ada bermacam macam design wedges sekarang ni! Pilih lah yang sesuai dan jangan sampai anda memilih wedges ketinggalan zaman.

Tips Pakaian Gadis PETITE

Last sekali, Pilih aksesori yang kecil dan dan tidak keterlaluan – Jika anda suka memakai aksesori seperti tali pinggang atau rantai leher. Elakkan memilih tali pinggang yang terlalu besar begitu juga rantai yang terlalu labuh dan besar. Anda akan kelihatan tenggelan di bawah tali pinggang & rantai tersebut! Dapat bayangkan?! Selamat mencuba tips pakaian gadis petite dari Fairyna Sharina.

Nak tempah baju tapi tak pasti nak potongan kain apa? Klik sini



Menjahit pelbagai jenis reka bentuk baju
Tempahan jahit baju raya
kurung moden
kebaya
kurung kedah
kurung pahang
jubah / maxi dress
Tempahan jahit baju raya pelbagai fesyen

Jangan lupa subscribe untuk dapatkan alert posting saya seterusnya, klik link untuk subscribe.

Cheers,
Fairyna Sharina



Older post Newer post

Your cart is currently empty.

Continue shopping