search

Tips Warna Baju Indian Skin

Tips Warna Baju Indian Skin ini untuk anda yang masih ragu dengan pilihan warna.
Indian skin ialah kulit yang berwarna gelap atau tanned skin. Warna kulit tanned sebenarnya cantik dan seksi! You should proud beb.
Mungkin bagi sesetengah orang agak rumit untuk memilih warna baju atau makeup yang sesuai dengan skin tone ni.

Good news for you girls, sebenarnya bukannya susah untuk cari warna yang sesuai!

Tona kulit tidak menjadi masalah untuk anda bergaya dengan pelbagai warna. Jom intai artis Bollywood!
Ini 12 warna yang sangat sesuai untuk awak gayakan di Majlis Persandingan nanti.

Kuning Gading atau Ivory & Cokelat

gading.png
Tips Warna Baju Untuk Indian Skin

Kedua dua warna ini tidak asing lagi buat anda yang berkulit gelap. Warna ini bukan sahaja menyerlahkan kecantikan susuk tubuh malahan ia membuatkan tona kulit kelihatan sedikit cerah.

Kontra warna baju dan kulit tidak jelas kelihatan, dengan warna ini anda akan nampak harmoni dari segi warna.
Bagaimana pula dengan warna makeup?
Pilih warna yang natural dan light dan anda akan lebih menyerlah.

Hitam

hitam.png

Warna hitam sangat sesuai di pakai pada waktu malam. Warna hitam membuatkan anda kelihatan lebih cerah. Lihat Ashwarya Rai mengenakan busana hitam yang disulam dengan benang berwarna emas. Look gojes sangat kan.

Masa ni lah anda boleh mengenakan smokey eyes look untuk makeup. Bila lagi kan nak kelihatan seperti artis Bollywood.

Maroon & Navy Blue

maroon.png

Nak kelihatan cerah seperti anda memakai hitam, Maroon ialah pilihan kedua selepas hitam. Begitu juga dengan warna biru tua atau tona biru gelap yang lain Navy Blue & Royal Blue.

Mengenakan 2 warna ni anda akan lebih berkeyakinan dan bersemangat! Jangan lupa pakai high heel untuk menambah keyakinan dan kecantikan.

Mustard Kuning & Orange

mustard.png

You will love your skin colour!

Busana berwarna kuning mustard secara tidak langsung mengubah warna kulit anda ke warna kuning keemasan.

Jangan memilih warna terlalu kusam atau terlalu terang. Warna orange sama seperti kuning mustard yang sangat sesuai dengan warna kulit anda.

Tengah fikir design apa yang sesuai ke? Baca tips pilih fesyen baju ikut jenis bentuk badan, baca sini.

Lavender

lavendar.png

Lavendar purple warna yang agak lembut ini sesuai dengan tona kulit anda. Salah satu warna lembut seakan pastel yang berkawan dengan tona kulit gelap.
Anda akan kelihatan manis menawan sama seperti warna lavendar ini.

Pesanan penting, jangan memakai makeup yang terlalu tebal. Warna ini sudah cukup menyerlahkan penampilan anda. Pilih tona warna natural dan light untuk pilihan warna Makeup.

Putih & Kelabu

putih.png
kelabu.png

Jangan takut untuk mengenakan warna putih. Siapa kata warna putih buat anda nampak tenggelam. Hargai tona kulit anda yang istemewa.
Warna putih sebenarnya akan menyerlahkan warna kulit anda yang cantik.

Jangan pilih putih yang terlalu terang atau kusam. Off white sangat sesuai untuk anda cuba.
Padankan dengan aksesori silver atau gold. Keduanya buatkan anda lebih meyerlah.

Warna kelabu atau grey memang di khas kan untuk anda yang berkulit gelap. Warna ini tidak berapa sesuai untuk mereka yang berkulit cerah.
Anda boleh padankan dengan warna terang untuk solekan / makeup.

Fuchsia & Rose

fuschia.png
rose.png

Peminat warna pink jangan risau! Anda tetap boleh bergaya dengan warna ni tanpa ragu. Tona Pink ~ Fuchsia & rose sangat sesuai untuk anda.
Anda kelihatan lebih ayu dengan 2 tona pink ini. Warna kulit anda akan kelihatan cantik dan kemas.
Untuk pilihan makeup pula, pastikan tona soft dan tidak terlalu terang atau gelap. Sesuaikan dengan pilihan warna baju anda.

Sory ye kami memang peminat tegar Ashwarya Rai, selamat menatap wajah Ash. Sekian Tips Warna Baju Untuk Indian Skin dari Fairyna Sharina.

Cheers,
Fairyna Sharina
Follow me on Instagram



Older post Newer post

Your cart is currently empty.

Continue shopping